Saturday, April 16, 2011

Hijab



Asalamualaikum:)



Post ini adalah request dari bdak law...:)

Pakai tudung memang wajib. Tapi adakah bergantung kepada diri masing2

?? Pada pndangan saya, mmg memakai hijab bergantung kepada diri masing2 kerana mereka yg akan memakai hijab tersebut. Bkn orng lain. Tetapi klu dlm islam, memakai hijab adalah wajib kerana ia dapat menghindarkn kite dari segala masalah. Walaupun masalah tuh dianggap kecil. Kecik2…lama2 jadi bukit gak kn….

Pada masa dahulu ketika zaman masyarakat jahiliyah, golongan wanita langsung tidak mendapat tempat dalam masyarakat. Malahan golongan wanita dinafikan haknya dalam semua perkara. Wanita sering menjadi mangsa kerakusan masyarakat jahiliyah. Namun pabila sinar islam datang menyinari kehidupan masyarakat jahiliyah, barulah golongan wanita mula diangkat kedudukannya. Kedatangan Islam menyelamatkan golongan wanita daripada kerakusan nafsu manusia. Dengan disyariatkan pemakaian hijab p

ada wanita, barulah maruah wanita dapat terpelihara. Dengan hijab, wanita terhindar daripada seribu satu ancaman kerana hijab mampu menutup mata nafsu manusia. Hanya setelah kedatangan islam, barulah golongan wanita mula mendapat tempat dikalangan masyarakat. Betapa indahnya Islam. Semua orang mempunyai hak yang sama. Masya Allah. Sesungguhnya benarlah Allah Maha Adil dalam setiap perkara. Tiada beza sama ada lelaki atau perempuan. Tiada juga beza diantara orang kaya dan miskin. Semuanya sama sahaja disisi Allah Ta'ala, hanya iman dan taqwa sahaja yang membezakan kedudukan kita disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Cuba anda bayangkan kalau islam tidak mewajibkn pemakaian hijab? Golongan wanita berpakaian seperti tidak cukup kain. Adakah manusia dapat menahan hawa nafsu mereka? Jadi betul la jika

hijab ni memainkn peranan penting dalm kedua belah pihak lelaki dan wanita.


Jika anda diberi pilihan ntuk memilih seperti gambar diatas… Gula2 manakh yg anda akan pilih? Sudah tentu bkn gula2 yg ‘dikerumuni ‘ lalat kan? Cuba kite aplikasikn gambr tersebut in real life. Anda pilih la mengikut kemahuan anda.

Firman Allah Taala:
وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

Anda mungkin tertanya2, mengapakah orng yg memakai hijab pun berperangai teruk daripada orng yg x memakai hijab?

Jika anda berfikiran begitu, seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Antara kelebihan orang yang memakai hijab:

1. Allah swt tingkatkan nur wajah 13 x ganda dari wajah asli.

2. Di akhirat Allah swt akan tingkatkan kecantikannya 70 x ganda dari kecantikan bidadari La aiba. Seorang bidadari yang Allah swt ciptakan dengan tangan-Nya sendiri

3. Di surga ada pasar hari Jum`at, orang semua pergi menjumpai Allah swt, tetapi orang yang pakai purdah di dunia ditemui Allah swt lagsung ke kamar- kamarnya.

Tidakkah kamu,golongan wanita mahu mengejar ini. Jika ia adalah benda keduniaan sudah tentu anda mahu mengejarnye bukan? Hidup didunia hanyalah sementara kerana kite cuma ‘pengembara’ yg mengumpul pahala untuk kehidupan diakhirat. Kehidupan diakhirat tiada pengakhirnya. Cuba anda renung2kn…

p/s: jika ad silap dan salah dlm post ini, saya ingin meminta maaf kerana ilmu yg dismpaikn ini hanya dari pendapt saya. :)


Leave a comment here

3 comments:

  1. hey, post nie dah lama gila kan, baru je sempat view ur page, seriously , first time aku jumpa a guy bagi opinion regarding hijab, and penjelasan dia memuaskan hati aku, by mean kalau tak puas hati tu, mesti lah geram kan,but kau explain bagus, well, how about wearing hijab tapi tak sempurna, well am not so good, plus , sometimes, berhijab dengan tak sempurna dimata aku. so what you say,you know, sekarang , its kinda a trend tau hijab ni, bukan nak pointed dekat mereka3 yang namakan diri mereka fashionista , yang berani bereksperimentasi dengan fashion dan trend masa kini,dan disuai padan dengan hijab.tapi whats the point of * i pakai hijap dengan maxi long dress , takpakai dengan skinny jeans,*jawapan pandai habis lah tu, so now tell me, apa beza maxi long dress, dengan mereka pakai skinny jeans? well, sebenarnya nak request your view on hijab as a trend je :') since you pun sedang cuti panjang bukan ? thanks zhariff :)

    ReplyDelete